Apa Itu MAHA?

Penciptaan Nilai Demi Keterjaminan Makanan

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia — sebuah warisan sejak 1923, kini di MAEPS Serdang.

Apa Itu MAHA

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) ialah pameran pertanian yang dianjurkan setiap dua tahun sekali dan sejak 2006 diadakan secara tetap di Taman Ekspo Pertanian Serdang (Malaysia Agro Exposition Park Serdang — MAEPS).

Penganjurannya bermula sejak 1923 hasil penubuhan Malayan Agri Horticulture Association pada 1922. MAHA memberi tumpuan kepada pembangunan sektor pertanian negara dengan mempamerkan produk terbaik seperti tanaman, buah-buahan, ternakan, bunga, kraftangan serta inovasi yang telah melalui proses saringan.

Tema MAHA 2026

Penciptaan Nilai Demi Keterjaminan Makanan

Value Creation for Food Security

MAHA 2026 menampilkan visi Malaysia membangunkan ekosistem agromakanan yang berdaya tahan, berasaskan teknologi dan berimpak tinggi.

Menghimpunkan petani, usahawan, pelabur dan inovator, MAHA 2026 menjadi platform penting untuk kerjasama, pengembangan perniagaan dan transformasi industri pertanian negara.

Pengisian Acara

Enam Tonggak Pengalaman MAHA

01

Pameran & Ekspo

02

Festival Makanan

03

Agrotainment

04

Jaringan Perniagaan

05

Forum & Perbincangan

06

Festival Gaya Hidup

Menarik di MAHA

14 Tarikan Tidak Boleh Dilepaskan

Pameran AgrotechMagica GardenSukan RakyatRewang WarisanKingdom of AgrofoodPavillion NegeriFiesta MakananPertandingan AgroAgro SafariPertunjukan Laser, Cahaya & DronSantai & Chill (Rest & Relax)Young AgropreneurROTFKiddies Wonderland
Sasaran MAHA 2026

Skala Nasional, Impak Antarabangsa

4 Juta

Jumlah Pengunjung

RM 8 Bilion

Pemeteraian MoU

RM 58 Juta

Transaksi Jualan

2,000

Peserta Pameran

800K

Penglibatan Belia